SAYA NAK KURUS - Vita Beauty Mek

Wednesday, February 7, 2018

SAYA NAK KURUS

Perkataan paling sinonim dengan perempuan. Nak kurus!

Actually, ramai yang beria nak  kuruskan badan dan kalau boleh nak cara yang turunkan berat badan dengan cepat. Semua nak cepat dan senang.

Time makan macam-macam tak pikir.

Dan paling ramai cari produk yang boleh turunkan berat badan dengan cepat. Seminggu nak turun 5KG. Memang bahaya.

So, pilih jalan selamat. Jom diet secara sihat.

Diet sihat dan makanan diet yang sesuai sangat penting dalam membantu penurunan berat badan yang sihat.

Tapi sayangnya, ramai yang salah menu diet.

Kalau nak google memang banyak jenis diet yang ada. Diet atkins, diet mayo, diet paleo, diet calory dan banyak lagi.

Tapi mana satu yang sesuai dengan kita? Yang tu kita kena try. Tak boleh nak main redah jer ikut mana-mana diet asalkan seminggu turun banyak.

Pendirian Mek, berdiet boleh, tapi jangan sampai perlu mengikat perut, totally tak makan nasi, daging, ayam dan sebagainya. Dok makan sayur dengan buah jer hari-hari. Ape nak jadi?

Nanti nak berjalan pun tak larat. Memang la boleh kurus.tapi nutrisi cukup ke?
Sudahnya nanti, kita jadi penat dan fed up.

Makan nasi balik. Dulu makan sepinggan sekarang makan berpinggan-pinggan. Kes balas dendam konon. Hasilnya? of course berat badan akan naik semula secara mendadak. Jadi, tolonglah elakkan diet yang ekstrem.

JANGAN BERDIET KERANA IKUT-IKUTAN SEDANGKAN BELUM TENTU DIRI SENDIRI MAMPU NAK IKUT.

Doakan Mek jugak. Hari ni masuk minggu ketiga Mek diet. Alhamdulillah setakat ni, 3.7 kg dah turun. Biar slow tapi berterusan. ☺️☺️

























No comments: